10 Tips Dan Strategi Terbaik Untuk Buka Kedai Makan

Membuka perniagaan kedai makan ataupun restoran merupakan salah satu pilihan yang paling popular bagi seseorang yang ingin menjinakkan diri dalam bidang keusahawanan. Tidak kiralah sama ada berniaga di tepi jalan, secara online mahupun menyewa premis, pasaran makanan memang akan ada permintaan dari orang ramai.

Walau bagaimanapun perlu diingatkan, antara perkara paling utama yang perlu dipersiapkan oleh usahawan restoran adalah kesediaan untuk menghadapi persaingan yang hebat.

1. Sediakan modal yang mencukupi

Modal adalah perkara yang paling utama dalam memulakan perniagaan. Tanpa modal, mungkin perniagaan anda tidak dapat direalisasikan. Sebagai individu yang baru memulakan perniagaan, ada beberapa cara untuk anda dapatkan modal. Antaranya adalah;
Simpanan Pinjaman dari ahli keluarga/Skim bantuan dari pihak kerajaan
Rancang modal yang anda miliki dengan jenis perniagaan yang anda ingin jalankan. Jangan sesekali meletakkan modal yang terlalu tinggi sebagai permulaaan. Cuba terlebih dahulu untuk lihat sambutan daripada pelanggan. Daripada itu, kita dapat menambahkan modal sedikit demi sedikit daripada kentungan yang diperoleh.
Jangan lupa perkakas dan alatan berniaga juga adalah sebahagian daripada modal bagi perniagaan. Semak dan nilai semula semua perkakas sebelum anda mulakan perniagaan. Ini dapat membantu anda untuk memudahkan lagi proses berniaga nanti.

2. Rancang kawasan yang strategi kedai makan
Memilih kawasan untuk membuka kedai makan juga penting. Pastikan anda memilihan kawasan yang strategik berdasarkan 3 kawasan ini iaitu;
Kawasan perindustrianKawasan perumahanLaluan utama (bagi penjaja)
Ketiga-tiga kawasan ini secara langsung akan membantu anda menarik lebih ramai pelanggan. Pelanggan yang sering lalu lalang di kawasan kedai makan anda juga pasti memasang hasrat untuk singgah suatu hari nanti. Jadi pilihlah kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai.

3. Menjaga kualiti makanan
Menjaga kualiti makanan ada perkara asas dalam memumulakan perniagaan anda. Pastikan makanan anda disediakan dalam keadaan yang betul dengan resepi yang sama. Dikhuatiri jika kualiti makanan anda tidak dijaga, ia akan memberi respon yang berbeza daripada setiap pelanggan.
Oleh itu, pastikan persediaan makanan anda sentiasa menepati kualiti yang baik dan sentiasa konsisten sebelum dihidangkan kepada pelanggan. Jangan lupa jadikan juga maklum balas daripada pelanggan sebagai salah cara untuk menambahkan kualiti makanan di kedai makan anda.

4. Pemilihan pekerja
Pemilihan pekerja bagi kedai makan dan restoran ini bukanlah satu perkara yang sukar. Selalunya ramai pelajar yang sedang cuti semester berminat untuk bekerja separuh masa di kedai makan. Namun, dalam memilih pekerja kedai makan ini cabarannya adalah ketidakmampuan pekerja untuk menanggung beban kerja apabila ramai pelanggan yang hadir.
Oleh itu, anda sebagai pemilik kedai haruslah sentiasa memantau keadaan kesihatan dan kemampuan pekerja untuk menjalankan tugas. Jika perniagaan anda semakin berkembang, tidak salah untuk anda menambah pekerja. Ia juga menunjukkan keboleh anda menguruskan pekerja dan bukan sahaja tertumpu pada keuntungan semata-mata.

5. Kebersihan kedai makan
Faktor kebersihan ni dah tentu menjadi faktor yang sangat penting dalam mana-mana bisnes restoran. Kebersihan premis perniagaan, kebersihan lantai, meja makan, kerusi, pinggan mangkuk yang digunakan termasuklah juga sudu dan garfu.
Berikan perhatian yang lebih pada tips ini. Jika kedai anda bersih dan mempunyai suasana yang selesa, pasti lebih ramai pelanggan yang akan datang ke kedai anda.

6. Servis yang cekap
“Masa itu emas”
Sebagai pekedai dan pelanggan, tempoh pesanan menjadi titik tolak kepada prestasi kedai anda.
Dalam pastikan kedai anda sentiasa menyediakan servis yang cekap. Ada 3 langkah mudah yang boleh diaplikasikan;
Ambil pesanan secepat mungkin. Pastikan air minuman sampai terlebih dahuluHantar makanan yang mencukupi berdasarkan jumlah pesanan.

7. Pelbagaikan kaedah pembayaran
Dengan kemajuan teknologi sekarang, pelbagai kaedah pembayaran yang boleh anda ketengahkan. “Go Cashless”
Dengan kemudahan ini, proses pembayaran makanan akan menjadi lebih mudah dan pantas. Antaranya adalah;
Bayaran menggunakan kad bankGrab PayBoost PayMAE QR Pay

8. Promosikan kedai makan secara berterusan
Rancangan pemasaran juga penting bagi memastikan kedai makan anda sentiasa mendapat sambutan daripada pelanggan. Pelbagaikan juga promosi secara mingguan atau bulanan. Ia dapat membantu untuk menarik lebih ramai pelanggan ke kedai makan anda.
Gunakan juga platform media sosial untuk mempromosikan restoran anda. Dengan mempelbagaikan kaedah pemasaran, pasti anda akan dapat menggandakan keuntungan.

9. Fokus pada ‘Signature Food’
Bagi menarik perhatian orang ramai, jadikan satu jenis makanan sebagai ‘signature food’ kedai makan anda. Secara tidak langsung, pelanggan akan dtg untuk mencuba menu tersebut dan pada masa yang sama mencuba menu yang lain. Ia juga boleh dijadikan highlight kepada nama restoran anda. Contohnya;
Nasi Kukus Sotong Besar, Ayam Gepuk Pak Gembus & Sup Ani Utara.

10. Sediakan servis tambahan
Untuk memastikan perniagaan anda berkembang seiring dengan kemajuan teknologi, apa salahnya untuk anda sediakan servis tambahan seperti kaedah penghantaran makanan. Cara ini telah terbukti dapat meluaskan pasaran produk anda.

Selain itu, di kedai makan anda juga boleh disediakan servis tambahan seperti minuman percuma untuk gelas kedua, wifi percuma, tandas selesa dan ruang solat. Perkhidmatan ini akan meningkatkan kualiti restoran anda. Percaya atau tidak. Anda perlu cuba terlebih dahulu.
Itulah tips dan strategi asas yang anda boleh pertimbangkan untuk membuka kedai makan. Dengan usaha dan minat, pasti anda akan berjaya.

Write a comment

Your email address will not be published. All fields are required