fbpx

Search

Pembekal Mesin Makanan Online

Waffiy Industries merupakan syarikat yang membekalkan mesin-mesin berkaitan pemprosesan makanan dan peralatan-peralatan bengkel bagi pemprosesan produk makanan di Malaysia.
Kami beroperasi sebagai syarikat yang membekalkan serta menjalankan khidmat konsultan bagi usahawan – usahawan yang ingin memulakan perniagaan melibatkan produk makanan atau melakukan pengubah-suaian dan juga dalam menaikiktiraf bengkel atau kilang mereka.
Kami mempunyai beberapa pasukan yang mempunyai pelbagai peranan dan kemahiran seperti pembekal mesin – mesin proses makanan sedia ada, pembuatan mesin mengikut kehendak pelanggan, pemasaran dan jualan, pembaikan dan penasihat dalam mengerakkan operasi di syarikat kami. Kami juga mempunyai kerjasam dengan syarikat-syarikat pembekal dari luar negara seperti China, Thailand dan Taiwan.
Bagi kawasan pasaran, produk kami juga telah mendapat permintaan dalam Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak serta luar negara seperti Singapore, Indonesia, Brunei dan Thailand.
Sejak syarikat beroperasi, kami telah meningkatkan jenis, fungsi dan kepelbagaian mesin – mesin serta peralataan memproses produk makanan termasuklah dengan membawa mesin-mesin dari luar negara seperti China, Thailand dan Taiwan. Antara mesin yang kami bekalkan ialah mesin pemprosesan makanan, mesin pembungkusan, peralatan alat kerja bagi restoran, premis IKS dan peralatan bengkel.
Kami juga sentiasa optimis dalam melaksanakan objektif syarikat untuk menjadi rakan strategi dalam membekalkan produk yang berkualiti dan melakukan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan-pelanggan kami.

BELI MESIN & ROKETKAN BISNES ANDA

PENGHANTARAN SELURUH MALAYSIA

PEMBELIAN SECARA ONLINE/OFFLINE

WARANTI SELAMA 6 BULAN DIBERIKAN

Back to Top
Product has been added to your cart